The Singapore LGBT encyclopaedia Wiki
Advertisement

Scan of article & page[]

AidsEmpatLelakiDiperiksaDiKlinik850426.jpg File:AidsEmpatLelakiDiperiksaDiKlinik850426Page.jpg

Editable text of article[]

Aids: Empat lelaki diperiksa di klinik

SEBUAH klinik untuk mengesan penyakit Aids (Acquired Immune Deficiency Syndrome) di Hospital Middle Road mula dibuka semalam dan sejauh ini seramai empat orang lelaki telah menjalani pemeriksaan itu.

Menurut doktor yang menjumpai tiga orang yang pertama mempunyai kuman virus Aids di sini, Dr K V Ratnam, sejak pengumnuman mengenai penyakit itu dibuat di sini, lebih dari 50 orang telah pergi ke hospital tersebut kerana khuatir bahawa mereka mempunyai penyakit itu.

Bagaimanapun, menurut Dr Ratnam, kebanyakan daripada mereka hanya didorong oleh rasa bersalah. Urnpamanya, salah seorang daripada mereka merasa khuatir sedangkan dia telah mengadakan hubungan dengan seorang lelaki kira-kira 10 tahun yang lalu.

Klinik itu dibuka dari 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari setiap Khamis dan akan juga menjalan pemeriksaan lanjut terhadap mereka yang dikesan mempunyai penyakit itu dan menasihatkan mereka.

Dr Ratnam, yang berucap di jamuan tengahari Kelab Rotary Marina City, berkata, kajian di Amerika Syarikat menunjukkan antara 60 dengan 70 peratus daripada mereka yang mempunyai kuman virus Aids adalah pembawa yang sihat.

Menahan

Sepuluh hingga 30 orang tidak akan menunjukkan tanda-tanda penyakit itu manakala lima hingga 10 orang akan menunjukkan tanda-tanda yang lebih jelas dalam masa dua tahun.

Daripada tiga orang yang mempunyai kuman itu di sini, dua tidak mempunyai tanda-tanda Aids manakala seorang lagi adalah pembawa penyakit itu yang sihat.

Bagaimanapun, mereka semua boieh merebakkan penyakit itu melalui hubungan jenis.

"Kita tidak boleh menahan mereka. Tetapi apa yang boleh dilakukan ialah menasihatkan mereka supaya menggunakan 'sarung' (condoms) andainya mereka mengadakan hubungan jenis.

"Walaupun kajian untuk menentukan sama ada penggunaan sarung itu boleh mencegah penyakit itu dari merebak, namun saya berpendapat, peluangnya adalah tipis," kata Dr Ratnam.

Beliau juga berkata bahawa mereka akan dinasihatkan supaya jangan menderma darah.

Penyakit itu, tambah beliau, tidak lagi hanya dikenali sebagai penyakit yang hanya menyerang wadam.

Daripada 7,886 kes penyakit Aids di Amerika Syarikat dari 1 Jun 1980 hingga 21 Januari tahun ini, mangsa tidak terdiri daripada mereka yang tergolong dalam golongan yang mudah mendapat penyakit itu, seperti wadam, orang yang mengidap penyakit darah ataupun pengguna dadah yang keterlaluan.

See also[]


References[]

  • "Aids: Empat lelaki diperiksa di klinik", Berita Harian, 26 April 1985[].

Acknowledgements[]

This article was archived by Roy Tan.

Advertisement